Trending

Ragbi Piala Presiden SRU 2023: SPRC sedia beri aksi terbaik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kelab Ragbi Saribas Phoenix (SPRC) siap sedia mencipta kejutan tatkala menggalas cabaran Bahagian Betong dalam Kejohanan Ragbi Piala Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Sarawak (SRU) Edisi Ke-28 2023 pada 8 dan 9 Julai ini.

Berlangsung di Padang Ragbi Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, SPRC bakal tampil dengan logo Betong Rugby (BTRA).

Menurut Presiden SPRC Mohd Faizal Jahari, skuad kali ini dilihat lebih mantap mengambil kira kredibiliti 25 orang pemain dari Bahagian Betong serta daerah sekitarnya seperti Saratok, Pusa, Kabong termasuk kudrat pemain dari Bahagian Samarahan yang turut diguna pakai.

Katanya ini adalah bagi membentuk kekuatan maksima disegenap posisi.

“BTRA pada masa ini menduduki tempat ke-empat daripada lima pasukan yang bertanding berdasarkan keputusan pertandingan pada edisi yang lalu. 

“Kali terakhir kejohanan ini diadakan adalah pada 2019 di Sibu dan kini disambung semula selepas terhenti akibat pandemik Covid-19 yang melanda pada tahun 2020 dan 2021,” katanya kepada Arena Suara Sarawak, hari ini.

Dalam pada masa yang sama katanya, pasukan BTRA tetap optimis untuk terus memberikan cabaran kepada kesemua pasukan bertanding dalam keadaan serba kekurangan terutama dari segi dana.

“Walaupun kami telah mencuba untuk mendapatkan sumbangan dan tajaan namun ianya seolah-olah menjadi satu lumrah apabila tidak banyak pihak yang  berminat untuk menyumbang kepada pasukan kerana sukan ragbi bukanlah sukan nombor satu di Malaysia. 

Berbekalkan sumbangan daripada orang persendirian dan pihak tertentu, SPRC akan berusaha memberikan persembahan terbaik sebagai wakil Bahagian Betong,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru