Trending

Raghad kecewa, berita palsu berhubung suaminya tular

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib melahirkan rasa kecewa terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu berhubung Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Raghad dalam catatan akaun Instagramnya hari ini berkata, tindakan tersebut adalah tidak berperikemanusiaan.

“Membuat berita palsu mengenai kematian insan yang memberi seluruh hidupnya untuk anak Sarawak dan negeri ini adalah tidak berperikemanusiaan.

“Malah, dalam semua agama membuat berita palsu untuk berseronok atau mencemarkan nama baik adalah salah. Apa perasaan anda apabila dimaklumkan ahli keluarga meninggal dunia tetapi mereka masih hidup?

“Tolong hormati keluarga, ayah, suami dan datuk seseorang. Ingatlah bahawa apabila anda mengutuk orang lain, kutukan itu mungkin akan kembali kepada anda juga,” katanya.

Baru-baru ini, satu poster hitam putih disertakan ayat Al-Fatihah memaparkan gambar Tun Taib tular memberi indikasi bahawa beliau sudah meninggal dunia, namun telah disahkan sebagai berita palsu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru