ARTIKEL

Raghad mahu saman Pusat Pakar Perubatan Normah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib akan meneruskan tindakan undang-undang ke atas Pusat Pakar Perubatan Normah jika perlu, susulan laporan yang mendakwanya melarikan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dari hospital berkenaan.

Beliau menegaskan, dakwaan dalam laporan itu adalah tidak benar sehingga memberikan kesan yang mendalam terhadap dirinya.

“Sebagai isteri dan penjaga Tun Taib, saya meletakkan kesihatan dan kesejahteraan suami saya sebagai keutamaan dan tidak akan pernah melakukan tindakan yang membahayakan pemulihannya,” katanya menerusi satu kenyataan yang turut dikongsikan di dalam laman sosialnya, hari ini.

Menjelas lanjut bagi menyangkal laporan itu yang dibuat pada 4 Februari lalu dan turut tular di media sosial, Raghad berkata Taib tidak dilarikan tetapi pelepasan untuk membawanya keluar dari hospital berkenaan telah diluluskan oleh seorang doktor di situ.

Katanya ia setelah beliau memaklumkan bahawa Taib mempunyai janji temu berjadual untuk menjalani rawatan dengan seorang doktor di CVS Hospital Kuala Lumpur.

“Keputusan untuk membawa pulang Tun Taib adalah berdasarkan persetujuan termaklum dan beliau berhak memilih penjagaan terbaiknya.

Baca lain  Kepatuhan masyarakat Iban terhadap PKP menjelang sambutan Gawai dipuji

“Semua dokumen pelepasan yang diperlukan adalah mengikut prosedur hospital dan telah ditandatangani, dengan semua kakitangan hospital yang berkaitan
menyedari pelepasan itu.

“Dalam keselesaan di rumahnya sendiri, beliau (Taib) mendapatkan sokongan penjagaan perubatan 24 jam (termasuk jururawat dan lawatan doktor berjadual), peralatan yang diperlukan serta ubat untuk penjagaan dan pemulihan sementara menunggu kemasukan ke CVS Hospital Kuala Hospital Lumpur,” katanya.

Selain itu, Raghad juga menegaskan bahawa dakwaan yang mengatakannya membuka peranti perubatan daripada badan Taib tanpa memaklumkan kakitangan bertugas juga tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, beliau berkata telah berulang kali meminta bantuan daripada kakitangan hospital itu untuk membuka peranti perubatan berkenaan namun tidak diendahkan.

Sehubungan itu, Raghad berkata telah membuat laporan polis bagi menyangkal dakwaan-dakwaan tidak berasas itu dan melindungi privasi serta hak Taib untuk memilih rawatan perubatannya.

“Kami bersedia sepenuhnya untuk bekerjasama dengan polis dalam sebarang siasatan dan akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap hospital Normah jika perlu,” katanya.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang

Restoran Chef Arnold dikritik

CEF selebriti Indonesia, Chef Arnold, 35, mengakui kesal apabila restorannya dikecam oleh pengulas makanan, Codeblu. Menurutnya, pempengaruh TikTok itu mengunjungi restorannya baru-baru ini. Chef Arnold

Alternatif interpretasi karya sastera

MUZIK dan sastera merupakan dua aliran cabang seni yang sekian lama wujud dalam peradaban manusia. Muzik sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang