Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Rai kakitangan cemerlang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) tahun ini sekali lagi mengadakan Majlis Anugerah Gemilang (Magu) untuk meraikan kakitangan mereka atas kecemerlangan dan khidmat bakti di universiti tersebut.

Naib Canselor Unimas Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, objektif utama majlis yang telah diadakan sejak 2010 tersebut adalah untuk meraikan para penerima Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2021, dalam bidang akademik, pengurusan mahupun perkhidmatan.

“Di samping itu, Magu turut menjadi acara signifikan bagi meraikan 28 pesara dan bakal pesara Unimas, yang telah banyak menyumbangkan jasa dan khidmat bakti kepada universiti.  “Pada majlis yang cukup gilang gemilang ini, sebanyak 23 kategori anugerah telah diperkenalkan dalam pelbagai bidang, sama ada dalam bidang akademik, pengurusan, penghargaan staf dan juga pelbagai kategori anugerah utama termasuklah 172 penerima APC bagi tahun 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Magu di Dewan Tunku Abdul Rahman (Detar Putra) Unimas di sini, pada Rabu.

Sehubungan itu, tambahnya, beliau berharap pengiktirafan yang diberikan oleh universiti tersebut dapat melonjakkan mutu penyampaian perkhidmatan awam serta mentranformasikan minda dan budaya kerja warga Unimas secara keseluruhannya.

Baca lain  Tiada rancangan tubuh stesen penimbang statik di Jalan Bau-Kuching

Hadir sama adalah Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Amir Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie serta wakil yang lain. Menurut kenyataan Unimas, terdapat beberapa anugerah telah disampaikan dalam majlis tersebut semalam antaranya Anugerah Perkhidmatan, Anugerah Pengurusan, Anugerah Akademik, Anugerah Utama dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Selain itu, Magu yang diadakan sejak tahun 2006 diperkenalkan dengan menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada staf yang diiktiraf cemerlang dalam tugas mereka di Unimas.

Pada tahun 2009, beberapa anugerah lain diperkenalkan antaranya Anugerah Akademik, Anugerah Pengurusan dan Anugerah Sukan. Kesemua anugerah ini adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan serta diputuskan di peringkat jawatankuasa yang berkaitan yang kemudiannya majlis ini dikenali sebagai Magu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru