BINTULU: Meraikan kemeriahan Ramadan bukan sahaja dikongsi bersama-sama keluarga tercinta, namun mereka yang kurang bernasib baik turut sama diraikan serta dibantu.
Itu antara pengisian bermanfaat dalam program majlis Iftar dan solat terawih anjuran Timbalan Ketua Cawangan PBB N67 Jepak Datuk Pengiran Daud Pengiran Putera di kediamannya di ADAP Villa, Kampung Kemunting di sini malam tadi.
Seramai 88 anak yatim dari Kompleks PERYATIM Bintulu diraikan pada majlis tersebut.
Majlis turut diserikan dengan pemberian sumbangan berbentuk duit raya kepada anak-anak yatim yang disampaikan sendiri, Daud bersama isteri, Datin Dr. Majmin Mohd Said dan ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip.


