ARTIKEL

Raih pelaburan RM1.45 bilion, eksport RM550 juta dari Jepun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berjaya meraih potensi pelaburan bernilai RM1.45 bilion dan eksport RM550 juta daripada pertemuan dengan syarikat Jepun, bersempena dengan lawatan kerja singkat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun bermula 22 hingga 24 Mei, 2024.

Beberapa projek daripada pelaburan itu bakal dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun dan bakal membantu Malaysia mewujudkan ekosistem yang kukuh dalam sektor semikonduktor, tenaga boleh baharu dan teknologi hijau, kata MITI.

Manakala beberapa projek merupakan pemangkin penting ke arah mencapai matlamat pelepasan karbon sifar bersih Malaysia menjelang 2050.

Antara syarikat yang mengadakan pertemuan dengan MITI ialah IHI Corporation, Nisshin Oillio Group, Tokuyama Corporation, Sumitomo Corporation, ENEOS Holdings, Mitsubishi Corporation dan Tokyo Gas.

“Kita berbesar hati dapat memperoleh potensi pelaburan RM1.45 bilion dan potensi eksport RM550 juta daripada lawatan ringkas tapi membuahkan hasil ini,” kata Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam satu kenyataan semalam. – Benama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU