ARTIKEL

Ding (lima dari kiri) menyertai tetamu jemputan menulis kaligrafi dalam Bahasa Cina

Raikan Tahun Baharu Cina dalam semangat kebersamaan pelbagai budaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing mengajak semua rakyat untuk meraikan kepelbagaian budaya dengan penuh semangat kebersamaan.

Menurut Ding, Tahun Baharu Cina adalah peluang yang terbaik untuk memupuk persefahaman dan menghormati perbezaan bagi merapatkan perpaduan.

“Tahun Baharu Cina tidak hanya suatu perayaan, malah masa untuk kita merenung dan merancang bagi masa depan,” kata Ding.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tong Hua.

“Di sekolah ini, kita bukan sahaja menyambut pelbagai perayaan, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya yang membentuk identiti kita.

“Tahun 2024 akan membawa harapan yang baharu lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan dan menyaksikan masa depan yang penuh cabaran.

“Ini termasuklah cabaran dan peluang bagi meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan murid kita.

“Sebagai ahli komuniti pendidikan, saya ingin menekankan betapa pentingnya kerjasama antara murid, ibu bapa dan pihak pentadbiran sekolah,” ujar Ding lagi.

Beliau juga turut berharap agar pelajar sentiasa dan akan meneruskan usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran serta aktiviti kokurikulum.

Ujarnya, kejayaan individu adalah kunci kejayaan kolektif pelajar di sekolah ditambah dengan semangat yang gigih dan daya usaha berterusan mampu untuk mencapai matlamat yang diimpikan.

“Kepada para guru dan kakitangan sekolah, terima kasih di atas pengorbanan serta daya usaha yang tak terhitung jumlahnya dalam membimbing serta membentuk generasi masa hadapan.

“Peranan anda sangat penting dalam membentuk dan memotivasikan pelajar untuk mencapai potensi penuh mereka,” kata Ding.

Bagi membantu pihak sekolah tersebut, Ding telah menyalurkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5000 untuk menjalankan aktiviti tahunan SMK Tong Hua.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Meradong, Sharifah Idawati Wan Ahmad, Pengetua SMK Tong Hua, Law Sie Ngo dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Tiong Siu Ping.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU