Raja buah RM1 sebiji

KUCHING: Raja buah datang lagi! Tinjauan Suara Sarawak di sekitar bandar raya Kuching malam tadi mendapati beberapa tempat mula menjadi tumpuan penggemar durian.

Antaranya ialah lokasi popular, pekarangan pusat beli-belah Emart Matang di sini. Ia dikerumuni ramai sejak lewat petang hingga tengah malam.

Menurut penjual, Mohd Refi Saffri kebanyakan durian diperoleh dari Simunjan, Pichin, Serian, Pasir Pandak,Santubong dan Kalimantan yang dijual pada harga RM1 hingga RM20 sebiji.

“Ia dijual pada harga semurah RM1 sebiji hingga RM20 sebiji bergantung kepada saiz,” jelasnya.

“Saya mula menjual durian sejak berusia tujuh tahun lagi… membantu ayah dan nenek,”kata Mohd Refi.

“Kami juga ada menjual sagon kelapa RM4 sebungkus. Kalau beli tiga bungkus hanya RM10.

Sagon yang diperbuat daripada kelapa parut dan sepung sagu cukup enak dimakan bersama durian. Kalau di Semenanjung terutama di utara dan pantai timur, mereka gemar makan durian bersama-sama pulut.

Sementara itu, menurut Mohd Refi, raja buah akan semakin banyak dalam masa terdekat ini.