ARTIKEL

Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam Diraja Persidangan ACWW

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Diraja sempena Persidangan Wanita Desa Sedunia (ACWW) 2023 di Istana Negara malam Ahad.

Tunku Azizah, yang juga Presiden Institut Wanita Pahang, tiba pada 8.40 malam dengan diiringi oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

javascript:false

Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah dan isteri Yang Dipertua Melaka Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Hadir sama 500 tetamu terdiri daripada anggota ACWW dari seluruh dunia yang mengambil bahagian dalam persidangan itu yang berlangsung dari 17 hingga 25 Mei ini.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan bagi memperkenal keunikan dan kepelbagaian seni, budaya serta etnik di Malaysia kepada delegasi asing.

ACWW diasaskan pada 1929 untuk menghimpunkan wanita luar bandar dan organisasi mereka di seluruh dunia bagi menangani cabaran yang dihadapi susulan pengasingan komuniti serta diskriminasi terhadap kaum hawa serta kekurangan penglibatan golongan itu dalam proses politik .

Keanggotaan ACWW merangkumi 82 negara dan sejak tahun 1947, ia telah meluluskan lebih 180 resolusi dasar melalui undian popular.

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

Arab Saudi permudahkan urusan jemaah haji Malaysia

SEPANG: Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap kecekapan pengurusan operasi haji yang dikendalikan oleh Lembaga

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,