Trending

Rakam aksi jelik dalam kereta, Nancy minta penjelasan KDN

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius isu tular melibatkan pasangan kekasih yang berkelakuan jelik di dalam ‘Axia merah’.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata beliau sendiri akan berbincang dengan polis dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai kes tersebut.

Katanya, antara perkara yang akan dibincangkan juga adalah berkaitan remaja perempuan di bawah umur digari ketika di bawa ke mahkamah baru-baru ini.

“Jika hanya melihat media sosial saya boleh memberi komen dari sudut Seksyen 15 Akta Kanak-kanak, yang mana sekiranya kanak-kanak ditahan kita perlu melindungi mereka sekali gus tidak boleh mendedahkan muka dan menyebut nama kerana tidak mahu masa hadapan mereka terjejas.

“Selain itu, secara umum kanak-kanak juga memang tidak boleh digari. Insya-Allah kita akan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri  dengan lebih terperinci mengenai kes tersebut,” katanya pada sidang media sempena Program Kasih Ramadan KPWKM di Hotel Pullman Kuching, malam tadi.

Menjelas mengenai sekatan penyebaran video melibatkan pasangan tersebut, Nancy menegaskan bahawa ia bukan di bawah bidang kuasa KPWKM.

Kes melibatkan pasangan kekasih yang tular di media sosial kerana berkelakuan jelik itu juga disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua tahun.

Kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 17 tahun itu juga telah direman selama dua hari atas perbuatan tersebut.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru