ARTIKEL

Rakam gambar kenangan di Attic Studio

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEBERANIAN lelaki berasal dari Kuching membuka perniagaan fotografi disebabkan minat membuahkan hasil apabila perkhidmatannya kini semakin mendapat permintaan.

Minat yang datang dalam bidang fotografi apabila pemuda tersebut mencari jurugambar untuk perkahwinannya ketika 2012.

Menurut Ariffi n Mohamad Husaini, 42, minat fotografi menjadi serius setelah melihat hasil gambar yang diambil oleh jurugambar lain.

Dengan minat dan ingin tahu yang mendalam, Ariffi n menyertai kursus dan belajar tentang bidang fotografi di Kuching dan secara dalam talian.

“Saya pernah mengambil kursus Akademi Fotografi Alvin Leong dalam tempoh setahun di Kuching.

“Ketika itu, saya mempunyai pekerjaan tetap yang lain dan belajar kursus itu pada sebelah malam untuk mengambil sijil diploma eksekutif dalam bidang fotografi .

“Saya juga banyak menyertai bengkel fotografi di luar negara dan menganjurkan bengkel dari Kuala Lumpur ke Kuching,” katanya ketika ditemu bual Suara Sarawak.

Selain itu, Ariffi n mempunyai Sarjana Muda Ukur Bahan dan bekerja sebagai ukur bahan dari 2004 hingga 2012.

Tahun 2012 merupakan tahun yang banyak memberi perubahan kepada kehidupannya.

Sebelum menubuhkan studio sendiri pada 2015, dia membuat perkhidmatan dan mengambil tempahan fotografi secara individu.

Pada awal 2020, dia tidak mampu membayar sewa disebabkan Covid-19 – faktor kepada majoriti perniagaan tidak berjalan lancar dan kebanyakan studio fotografi terpaksa ditutup.

Ujar Ariffi n, dia masih dapat mempertahankan studionya ketika itu kerana dia tidak perlu membayar sewa studio sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hal ini dia bernasib baik mempunyai pemilik sewa tempat studio yang memahami juga merupakan rakannya.

Selepas PKP, perkhidmatannya tidak lagi beroperasi seperti biasa dengan kenaikkaan harga, Ariffi n terpaksa mencari solusi untuk mengekalkan perniagaan serta tempat sewa itu.

Salah satu initiatifnya merekrut jurufoto lain di Kuching yang ingin berkongsi studio dengan Ariffi n. 

REKRUT

Apabila pemilik studio itu merekut tiga jurufoto dan menjalankan bisnes bersamasama, selepas dua tahun mereka berpindah ke studio yang lebih besar yang dikenali sebagai Attic Studio.

“Disebabkan studio ini terletak di tingkat paling atas, studio ini dinamakan sebagai Attic Studio.

“Kebetulan studio baharu ini mempunyai loteng, ia amat bersesuaian dengan nama studio sekarang.

“Studio ini mengambil pelbagai jenis gambar mengikut kehendak pelanggan dan tiada bos di antara kami, cuma idea asalnya datang daripada saya,” jelasnya.

Di samping itu, studio tersebut mempunyai pelbagai latar belakang untuk mengambil gambar pelanggan dan setiap tahun latar belakang studio akan ditukar.

Ariffi n mengatakan bahawa kelebihan studio itu mempunyai konsep berbeza dan pelbagai.

Ruangan yang besar juga merupakan kelebihan yang ada pada studio tersebut supaya pelanggan lebih selesa dan senang untuk bergambar ramai-ramai.

Menurutnya, studio itu boleh muat seramai 20 hingga 30 orang dan mementingkan teknik pencahayaan untuk bergambar.

Apabila disoal tentang cabaran, semasa Covid-19 merupakan cabaran besar yang dihadapi Ariffi n.

“Masa pertengahan Covid-19, saya mencuba untuk menyakinkan pelanggan kerana kebanyakan pelanggan hendak membuat pembatalan tempahan fotografi .

MEMUJUK

“Saya memujuk pelanggan supaya dapat membuat penggambaran seperti biasa walaupun Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) adalah ketat.

“Selain itu, ketika membuka studio ini, ia memakan modal yang besar dari segi pengubahsuaian studio tidak termasuk alat pencahayaan untuk penggambaran,” ulasnya.

Setiap perkara mempunyai kenangan manis dan pahit sendiri.

Bagi Ariffi n, kenangan pahit apabila klien menukar pakej penggambaran ketika dia sedang edit gambar klien sedangkan klien sudah menetapkan pakej sebelum membuat penggambaran.

Walaupun ia merugikan masa dari segit edit gambar, Ariffi n meneruskan dengan mengikut kehendak klien tersebut kerana baginya, ia merupakan lumrah dalam perniagaan.

Bagi kenangan manis pula, Ariffi n berkata Attic Studio mempunyai banyak tempahan pada musim raya dan graduasi sehingga mereka tidak mempunyai tenaga yang cukup.

Kenangan itu membuat dia berasa bangga dan bahagia kerana studio itu mula dikenali ramai orang serta mengaut keuntungan yang banyak.

Justeru, perancangan Attic Studio adalah untuk membuka cawangan di tempat yang bersesuaian dan menjadi titik tengah untuk pelanggan dari Kota Samarahan dan Kuching.

Ariffi n juga memberi tip kepada anak muda yang ingin menceburi bidang fotografi untuk membuat perancangan yang rapi dan teliti.

Walaupun bidang ini tidak memerlukan pendidikan, tidak bermakna kita perlu mengabaikan pendidikan sebab ilmu penting apabila ingin menceburi sesuatu.

Di Attic Studio, mereka menyediakan pakej bermula dari harga RM188 serta harga boleh berubah bergantung dengan pilihan klien itu sendiri.

Jika ingin membuat tempahan untuk penggambaran di Attic Studio, boleh hubungi Ariffi n melalui akaun Facebook, Ariffi n Husaini atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 014 8860011.

BERITA LAIN

Periksa kesihatan percuma

PROGRAM pemeriksaan kesihatan percuma diadakan kepada ibu bapa, guru, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Siol

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

BERITA TERBARU