ARTIKEL

Rakyat Finland keluar mengundi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANKARA: Rakyat Finland melaksanakan tanggungjawab mereka pada Ahad dengan memilih 200 wakil rakyat yang membentuk kerajaan baharu.

Seramai 2,424 calon daripada 22 parti politik bersaing untuk merebut kerusi di Eduskunta, badan perundangan ‘unicameral’ negara Nordik itu, lapor Agensi Anadolu.

Setiap warganegara Finland yang berumur 18 tahun ke atas layak mengundi.

Sekitar 2,000 pusat mengundi disediakan, dan dibuka pada 9 pagi hingga 8 malam waktu tempatan.

Pengesahan keputusan pilihan raya itu akan diumumkan pada Rabu ini.

Kerajaan semasa diketuai oleh Perdana Menteri Sanna, Marin dari Parti Demokratik Sosial, dengan gabungan empat parti lain iaitu Parti Pusat, Liga Hijau, Perikatan Kiri dan Parti Rakyat Sweden. – Bernama

BERITA LAIN

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

BERITA TERBARU

KGS anjur kejohanan golf profesional

SIBU: Buat julung kalinya, Kelab Golf Sibu (KGS) akan menganjurkan kejohanan golf profesional di sini. Presiden KGS, Wong Pak Cheng, berkata kejohanan profesional itu ialah