ARTIKEL

Rakyat Greece siap sedia untuk mengundi pada pilihan raya parlimen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ATHENS: Kira-kira 9.8 juta rakyat Greece akan menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada pilihan raya parlimen.

Pemerhati menjangkakan pertarungan antara penyandang Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis dari parti konservatif Nea Dimokratia (ND) dan ketua parti sayap kiri Syriza, Alexis Tsipras, yang pernah  berkhidmat sebagai perdana menteri, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut tinjauan pendapat, konservatif mendahului saingan dengan memperoleh kira-kira 35 peratus.  

Sebanyak 36 parti bertanding dalam pilihan raya kali ini.

Pusat mengundi dibuka 7 pagi (04:00 GMT) pada Ahad dan ditutup 12 jam kemudian.

Keputusan awal dijangka diperoleh 8 malam.

Bagaimanapun, keputusan kali ini bakal menyaksikan tiada parti dapat meraih lebih 50 peratus undi.

Jika tiada persetujuan pakatan dicapai, pilihan raya penentu dijadual diadakan pada Julai. – BERNAMA

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,