Rakyat kehabisan makanan terus dibantu

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak akan terus membantu masyarakat terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia termasuk bantuan kepada mereka yang kehabisan makanan dan masih belum menerima manamana sumbangan. Salah seorang petugas yang dihubungi berkata, setiap hari mereka menerima banyak panggilan dan menyebabkan nombor yang dihubungi sibuk dan gagal.

“Talian kita memang sibuk bermula jam 8 pagi. Keadaan ini menyebabkan talian sibuk dan sukar untuk dihubungi,” katanya. Menurutnya, pihaknya sentiasa berusaha mengumpul maklumat setiap penerima dan bantuan akan disalurkan segera. “Kami akan membantu terutama mereka yang terputus bekalan makanan sepanjang tempoh PKP,” ujarnya.

Tambahnya, talian tersebut boleh dihubungi dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Bilik gerakan Covid-19 JKM Sarawak boleh dihubungi ditalian 08250711 (PKMB Kuching), 082671191 (PKMB Samarahan), 084330675 (PKM Sibu), 084471952 (PKM Betong) dan 082311554.

Penduduk Sarikei pula boleh menghubungi talian 084651004 (PKMB Sarikei), 084796152 (PKMB Kapit), 0128835685 (PKMB Serian), 083321730 (PKMB Sri Aman), 084873801 (PKMB Mukah), 086332341 (PKMB Bintulu), 085419073 (PKMB Miri) dan 085211930 (PKMB Limbang).