ARTIKEL

Rakyat kongsi kegembiraan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hari Gawai merupakan salah satu perayaan utama di Sarawak, selain Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang membolehkan rakyat berkongsi kegembiraan dan memupuk semangat kebersamaan.

Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Doris Sophia Brodie berkata, semua perayaan tersebut amat bermakna dan penting dalam meningkatkan persefahaman serta sikap saling menghormati semua masyarakat di negeri ini.

Katanya, Gawai secara tradisi adalah hari kesyukuran yang menandakan hasil tuaian yang banyak dan masa untuk merancang musim pertanian baharu.

Beliau berkata, ia adalah majlis keagamaan dan sosial untuk orang Dayak dan lebih penting lagi untuk menjalinkan perpaduan dalam kalangan ahli keluarga sama ada jauh dan dekat akan berusaha untuk berkumpul di kampung atau rumah panjang.

“Walaupun ramai Dayak sesuai dengan pembangunan dan menetap di kawasan bandar, kami selalunya akan pulang ke rumah panjang semasa perayaan Gawai,” kata Ahli Parlimen Sri Aman itu.

“Kini, kebanyakan warga emas akan tinggal di rumah panjang dan bercucuk tanam serta menanam padi.

Namun begitu, semangat Gawai masih sangat dijunjung; bersyukur atas segala kebaikan, termasuk kesihatan, kemakmuran, keamanan dan keharmonian,” ujarnya.

Menurut Doris, ramai orang Dayak terutama Iban kini tidak lagi melakukan upacara miring kerana ramai yang menjadi Kristian.

Bagaimanapun, menurutnya, mereka “pagans” tetap melakukannya untuk memberi penghormatan dan persembahan kepada Tuhan mereka (Petara).

Bercakap kepada New Sarawak Tribune sempena Gawai, Doris memberitahu, perayaan itu diwartakan dan disambut secara rasmi pada 1 Jun 1965 di Sarawak.

Justeru, beliau memberitahu, adalah penting untuk kaum Dayak mengingati dan menghormati inisiatif Kerajaan Sarawak kita dan menganggapnya sebagai simbol pengiktirafan, aspirasi, perpaduan dan harapan bagi masyarakat.

“Untuk sambutan Gawai tahun ini, kita tidak boleh lupa menghitung keberkatan dan kita berdoa agar Sarawak akan terus harmoni, progresif dan dinamik.

“Akhir sekali, jangan lupa untuk lebih berhati-hati dan mematuhi kebersihan yang baik untuk menjauhi Covid-19. Bagi mereka yang pulang menggunakan jalan raya untuk menyambut Gawai berhati-hati memandu.

“Sekali lagi, Selamat Hari Gawai serta Ngajihka Semua Kitai Gayu, Guru, Gerai Nyamai, Chelap Lindap, Lantang Senang Nguan Menoa,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu