Rakyat mahukan PKP

KUCHING: Rakyat Sarawak menagih pihak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran kenaikan mendadak kes di negeri ini sejak kebelakangan ini khususnya semalam yang mencecah angka 960.

Gesaan rakyat disuarakan melalui pesanan maya ketika sidang media harian Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menyoroti tempoh beberapa minit sidang media berkenaan yang disiarkan secara langsung di beberapa portal berita, seorang demi seorang meninggalkan komen agar PKP dilaksanakan.

Desakan ini menunjukkan rakyat semakin gusar dengan peningkatan kes, yang dilihat semakin serius.

Mereka malah dengan sinis meninggalkan pesanan – keadaan masih terkawal. Ternyata, mereka enggan menerima kenyataan mana-mana pihak yang masih menyatakan senario Covid-19 di Sarawak masih terkawal.

Sedangkan, bilangan kes di Sarawak kerap kali menduduki takhta pertama dalam rekod harian dalam negara.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Apr 2021

Suara Sarawak