ARTIKEL

Rakyat Malaysia berjaya takluk Menara Canton di China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Jaguh pelari menara negara Soh Wai Ching menambah satu lagi koleksi kejuaraannya apabila berjaya menakluk Menara Canton setinggi 450 meter (m) pada kejohanan 10th Canton Tower Run Up di Guangzhou, China pada Ahad.

Pelari berusia 29 tahun itu menamatkan larian membabitkan 2,738 anak tangga untuk sampai ke puncak menara dalam masa 14 minit 23 saat (s) dan memecahkan rekod sebelumnya yang dilakar pelari Cina Zeng Wen Bo (14:36s).

Wen Bo terpaksa berpuas hati di tempat kedua (14:30s), manakala rakan senegaranya Li Zhi Sen muncul sebagai ketiga terbaik (15:00s).


“Bangga dapat mengibarkan bendera Malaysia di atas podium di Menara Canton dan pada masa sama memecahkan rekod dari 14:36s ke 14:23s,” kata Wai Ching menerusi hantaran Facebook beliau.

Bagaimanapun, Wai Ching terlepas peluang untuk meraih kemenangan berganda di Guangzhou semalam apabila sekadar mendapat tempat kedua dengan catatan masa 16:36s di belakang juara Ye Zhao Bang dari China (16:23s) pada acara akhir International Vertical Marathon di Guangzhou CTF Finance Center Station.

Wen Bo melengkapkan podium dengan 17:14s. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Planetarium Negara sambut 30 Tahun Jubli Mutiara

KUCHING: Sambutan 30 tahun Jubli Mutiara Planetarium Negara sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bulan Februari 2024 dirasmikan oleh Timbalan Menteri

RCI Batu Puteh bagi tambah baik isu kedaulatan

KUALA LUMPUR: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah bagi mencari jalan penyelesaian serta mengorak langkah

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,