ARTIKEL

Reaksi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berkenan menyaksikan acara perbarisan dan perarakan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 bertemakan 'Malaysia MADANI:Tekad Perpaduan Penuhi Harapan' di Dataran Putrajaya hari ini. - BERNAMA

Rakyat Malaysia boleh langgan pakej 5G RAHMAH mulai hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Mulai hari ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan, rakyat Malaysia layak untuk melanggan Pakej 5G RAHMAH dengan spesifikasi asas pelan data melibatkan telefon pintar berharga tidak melebihi RM240.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata dalam kemeriahan sambutan kemerdekaan negara, rakyat boleh menggunakan peluang untuk melanggan pakej tersebut yang juga menawarkan pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60GB sehingga Disember tahun ini.

“Penjawat awam juga akan mendapat rebat RM10 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pakej pascabayar bernilai RM60 dan ke atas, mulai 16 Sep ini,” katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya di sini, hari ini.

Bagi menghargai pengamal media di negara ini, Fahmi berkata golongan itu juga boleh menikmati rebat sebulan bil telefon bimbit bagi bulan September, di bawah Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media.

Beliau berkata semua pengamal media yang memiliki kad perakuan media Jabatan Penerangan layak mendapat rebat satu bulan bil telefon bimbit itu.

“Insya-Allah akan ada beberapa perkara lagi akan diusahakan untuk pengamal media,” katanya.

Selasa lepas ketika melancarkan pakej 5G RAHMAH Fahmi berkata ia yang melibatkan pilihan telefon pintar sama ada jenama Samsung A14 5G atau Honor 90 Lite 5G itu, hanyalah merupakan spesifikasi asas bagi pemberian pakej 5G RAHMAH dan pihak telco amat digalakkan menyediakan tawaran yang lebih baik. – BERNAMA

BERITA LAIN

PM UCAP SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN, HARI GAWAI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak. Beliau berkata kedua-dua perayaan mampu

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau