ARTIKEL

Gambar hiasan bernama

Rakyat Malaysia miliki 77 peratus tahap bahagia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia menyaksikan peningkatan tahap kebahagiaan dalam kalangan rakyatnya yang mantap bagi tempoh 2020 hingga 2023, melepasi tahap global tahun ini, menurut syarikat penyelidikan pasaran Ipsos.

Berdasarkan Indeks Kebahagiaan mengikut Negara, Malaysia berada pada tahap 77 peratus, lebih tinggi daripada purata 30 negara yang mencatatkan tahap 71 peratus.

Pengurus penyelidikan hal ehwal awam Ipsos Atticus Poon berkata hubungan secara peribadi, hubungan dengan alam semula jadi dan pencapaian pendidikan merupakan penyumbang utama kepada kebahagiaan hidup bagi ramai orang.

“Rakyat Malaysia khususnya memperoleh lebih banyak kepuasan daripada hubungan kekeluargaan mereka berbanding negara lain.

“Walaupun orang ramai di seluruh dunia mendapati bahawa situasi ekonomi dan sosio-politik di negara mereka kurang memuaskan, rakyat Malaysia secara amnya lebih berpuas hati daripada purata global,” katanya dalam laporan hari ini.

Menurut laporan itu 91 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan anak-anak mereka, lebih tinggi daripada purata global 84 peratus, manakala 88 peratus berpuas hati dengan hubungan mereka bersama pasangan, lebih tinggi daripada purata global 83 peratus.

Baca lain  China kekal sebagai pelabur asing terbesar Malaysia

Selain itu, 42 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan situasi sosial dan politik di negara ini berbanding purata global 39 peratus, manakala 50 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan keadaan ekonomi negara, lebih tinggi berbanding purata global 40 peratus.

Tinjauan Ipsos melibatkan 24,269 orang dewasa di bawah umur 75 tahun secara dalam talian dari 30 negara.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh