ARTIKEL

Rakyat M’sia dinasihat jaga keselamatan diri, dokumen penting ketika melancong ke Thailand

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANGAR: Rakyat Malaysia dinasihati agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan dokumen penting ketika melancong ke Thailand.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla yang baharu Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata rakyat Malaysia juga diingatkan supaya sentiasa patuh serta menghormati undang-undang tempatan semasa berada di negara jiran itu dan berhubung rapat dengan pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla. 

“Saya juga ingatkan rakyat Malaysia agar menyemak dan pastikan bahawa dokumen perjalanan atau pasport mereka dicop keluar (exit stamp and date) terlebih dahulu sebelum keluar dari negara Thailand iaitu sebelum meninggalkan kaunter Imigresen.

“Kita menerima banyak laporan berhubung rakyat Malaysia yang tidak menyemak terlebih dahulu dokumen perjalanan mereka sebelum keluar dari pintu sempadan, menyebabkan mereka terpaksa hadir semula ke pejabat Imigresen Thailand di pintu sempadan untuk melengkapkan formaliti berkaitan,” katanya dalam kenyataan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Katanya rakyat Malaysia yang gagal berbuat demikian akan dikenakan denda dan disenaraihitamkan daripada memasuki Thailand pada masa hadapan.

Menurut kenyataan itu, Ahmad Fahmi mempersembahkan perkara tersebut kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Hat Yai, Thailand baru-baru ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Konsul Jeneral Indonesia di Songkhla, Thailand, Suargana Pringganu.

Menurut kenyataan sama, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan Ibnu Sabil berjumlah RM5,000 kepada pejabat Konsulat Jeneral.

– BERNAMA

BERITA LAIN

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di