ARTIKEL

HIBA… Sekitar suasana hiba di persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya, petang tadi.

Rakyat, pemimpin berkongsi kesedihan pemergian Tun Taib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Tangisan barisan pemimpin tertinggi negeri menyelubungi kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sini, petang tadi.

Kelihatan masing-masing tidak dapat menahan kesedihan dan menitis air mata sebaik sahaja jenazah Allahyarham tiba di kediaman peribadinya di Demak Jaya, di sini, sekitar jam 5.15 petang.

Bahkan, usai solat jenazah, semua yang hadir kelihatan berpelukan, menangisi serta memujuk hati masing-masing yang sedih atas kehilangan mantan Yang di-Pertua Negeri ketujuh itu.

Antara yang hadir Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan ramai lagi.

Di samping itu, ahli keluarga serta sahabat handai juga mula memenuhi kediaman Allahyarham bermula jam 1 petang lagi sementara menunggu ketibaan jenazah yang diterbangkan dàri Kuala Lumpur.

Keadaan di persekitaran kediaman peribadi Allahyarham juga begitu hiba, bahkan cuaca mendung juga seakan-akan turut berduka dengan pemergian Bapa Permodenan Sarawak itu.

Baca lain  Sarawak mahu pengamal media, pelajar jadi ejen tidak rasmi sampaikan sentimen rakyat

Sejurus ketibaan jenazah Allahyarham yang diterbangkan menggunakan pesawat TUDM C-130 Hercules pada jam 4.25 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), sebanyak 17 das tembakan dilepaskan menandakan pengistiharan kemangkatan.

Setibanya di kediaman peribadi sekitar jam 5.15 petang, jenazah Allahyarham kemudian diusung oleh sembilan anggota daripada Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Esok hari, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir mulai jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari.

Selepas itu, akan disembahyangkan di Masjid Demak sebelum disemadikan di sebelah pusara isteri pertamanya, Toh Puan Laila Taib di kediaman peribadi mereka di Demak Jaya.

Allahyarham Abdul Taib menghembuskan nafas terakhir di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) pada usia 87 tahun sekitar jam 4.40 pagi semalam, meninggalkan empat orang anak hasil perkongsian hidup dengan Allahyarhamah Datuk Patinggi Puan Sri Laila Taib yang dikahwininya pada 13 Januari 1959.

Selepas Datuk Patinggi Puan Sri Laila meninggal dunia pada 29 April 2009, Allahyarham mengahwini Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib pada 18 Disember 2010.

Baca lain  Fadillah zahir takziah pemergian Tun Taib, kehilangan besar buat negara

Allahyarham dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri pada 1 Mac 2014 dan berakhir 25 Januari 2024, selain pernah menjadi Ketua Menteri selama 33 tahun bermula dari 26 Mac 1981 hingga 28 Februari 2014. 

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang

Restoran Chef Arnold dikritik

CEF selebriti Indonesia, Chef Arnold, 35, mengakui kesal apabila restorannya dikecam oleh pengulas makanan, Codeblu. Menurutnya, pempengaruh TikTok itu mengunjungi restorannya baru-baru ini. Chef Arnold

Alternatif interpretasi karya sastera

MUZIK dan sastera merupakan dua aliran cabang seni yang sekian lama wujud dalam peradaban manusia. Muzik sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang