ARTIKEL

Dr Sim ketika berucap pada majlis pelancaran program Heart2Miss di Auditorium HUS.

Rakyat Sarawak ada bakat dalam bidang klinikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerjasama antara syarikat farmaseutikal dan bioteknologi multinasional AstraZeneca dengan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Umum Sarawak (HUS) menunjukkan bahawa rakyat tempatan juga memiliki bakat yang diperlukan dalam bidang klinikal.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kemasukan syarikat besar dalam sektor berkenaan di negeri ini bukan kerana akses pasaran, tetapi memiliki sesuatu untuk ditawarkan.

“Kita di Borneo (Kuching) mempunyai individu yang berbakat dalam bidang yang diperlukan.

Malah, bakat di sini juga setaraf dengan tempat lain di seluruh dunia.

“Maka, jika setiap orang memiliki sikap dan pemikiran (bakat) seperti ini, saya rasa kita dapat menjadikan Sarawak kaya dan makmur bukan sahaja dari sudut kewangan, tetapi juga dari aspek pemilikan bakat menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pelancaran program Heart2Miss di Auditorium HUS di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, kemakmuran dalam pembangunan bakat sangat penting kerana boleh menjadi punca pendapatan untuk masing-masing.

“Kemakmuran dari sudut kewangan bagaikan menunggu harta pusaka keluarga. Tetapi jika memiliki bakat tersendiri, seseorang dapat menjana pendapatan dengan banyak untuk diri sendiri.

“Begitu juga kita mahu Sarawak dilihat bukan sahaja kerana mempunyai kekayaan (duit), tetapi juga dipandang kerana mempunyai bakat yang luas,” jelasnya.

Tambahnya, semua bakat yang dimiliki ini akan menjadi ekonomi perkhidmatan yang sangat penting, khususnya kepada negara.

“Kalau kita lihat di Singapura, kebanyakan pendapatan mereka sekarang adalah daripada ekonomi perkhidmatan.

“Memang ia mengambil masa untuk membina ekonomi tersebut, namun jika dilakukan secara bersama-sama seperti sekarang (kerjasama antarabangsa dengan AstraZeneca), ia pasti dapat membantu mempercepatkan proses itu,” katanya.

Sementara, kerjasama antara kedua-dua pihak antara lain bertujuan untuk memajukan intervensi awal bagi pengurusan penyakit kronik yang lebih baik dan mempercepatkan penggunaan kecerdasan buatan (Al) dalam penjagaan kesihatan untuk diagnosis yang lebih cepat.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta