ARTIKEL

Datuk Seri Wong Soon Koh

Rakyat Sarawak mahukan parti pembangkang yang ikhlas dan tulen – Wong Soon Koh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Beberapa hari yang lepas, Datuk Seri Wong Soon Koh dilaporkan sebagai berkata rakyat Sarawak mahukan parti pembangkang yang ikhlas dan tulen, bukan parti talam dua muka.

Naib Presiden Kanan Parti Demokratik Progresif (PDP) itu membuat kenyataan tersebut bagi membidas seruan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Chong Chieng Jen, kepada pembangkang agar menjadi semak dan imbang yang berkesan kepada urus tadbir kerajaan.

Menurut Wong, para pemimpin DAP Sarawak harus melepaskan semua jawatan mereka dalam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seandainya mereka mahu memainkan peranan pembangkang yang berkesan.

“Anda tidak boleh ada sebelah kaki di dalam dan sebelah lagi di luar. Itu umpama talam dua muka, dan orang dapat lihat bahawa ia tidak ikhlas.

“Bagaimanakah anda dapat menerima jawatan lantikan kerajaan tetapi mengkritik kerajaan yang sama?” tanya Wong.

Wong merujuk kepada hantaran Facebook yang ditulis oleh Ahli Parlimen (MP) Lanang, Alice Lau, MP Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii, Senator Roderick Wong dan Michael Kong.

Lau, Dr Kelvin dan Roderick telah dilantik untuk memegang jawatan dalam Kerajaan Perpaduan manakala Kong adalah Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak.

Alice merupakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dr Kelvin adalah Setiausaha Politik di Kementerian Sumber Manusia, manakala Roderick dilantik menjadi Ahli Dewan Negara.

Chong sebelum ini menyatakan bahawa Wong hanya membuat alasan sahaja apabila Wong meminta DAP Sarawak menukar perikatan atau menjadi parti pembangkang sepenuhnya demi kestabilan politik di negeri ini.

DAP Sarawak merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan pada peringkat persekutuan tetapi parti pembangkang pada peringkat negeri.

Sebelum ini, Chong telah menyatakan ahli-ahli DAP Sarawak tidak akan bertukar parti hanya untuk memudahkan keadaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU