ARTIKEL

Rakyat Sarawak sebagai pemacu negeri ke arah kemakmuran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Rakyat Sarawak harus menjadi pemangkin perubahan dalam memacu negeri ini ke arah kemakmuran melangkah ke tahun baharu 2024.

Menteri Utiliti dan Komunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, tahun 2023 menguji Sarawak yang berdepan dengan rintangan tempatan dan global.

Bagaimanapun katanya, Sarawak cekal mengharungi cabaran tersebut kerana perpaduan dan keazamannya.

“Namun, hari ini bukannya masa untuk mengenang masa lalu, ini adalah masa untuk harapan, keyakinan dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap potensi yang ada di hadapan kita.

“Dalam kita menyambut tahun baharu, marilah kita membayangkan Sarawak maju dan makmur dalam pelbagai cara,” katanya dalam perutusan tahun baharu.

Julaihi berkata, setiap rakyat Sarawak harus memainkan peranan aktif dengan menyumbang kemahiran, pengetahuan atau menjadi jiran yang prihatin antara satu sama lain.

“Jalan di hadapan mungkin tidak selalu lancar, namun saya yakin bahawa bersatu kita dapat mengatasi sebarang halangan yang mendatang.

“Bersama-sama kita dapat mengukuhkan komitmen kita dalam membina Sarawak yang makmur, di mana kemajuan dinikmati bersama dan setiap rakyat Sarawak boleh mengambil bahagian dalam hasil pembangunan,” ujarnya.

Justeru, beliau meluahkan harapan semoga ekonomi negeri ini terus berkembang dan mencipta peluang baharu untuk usahawan, pekerja dan karyawan.

Tambahnya, kemajuan itu perlu dipandu dengan amalan yang mampan, memastian persekitaran unik terus dipelihara untuk generasi akan datang.

“Marilah kita terus memupuk masyarakat yang meraikan kepelbagaian, keterangkuman dan keharmonian dalam kalangan rakyat Sarawak.

“Dalam kita memulakan tahun baharu ini, marilah kita sentiasa sedar akan tanggungjawab kita, baik terhadap rakyat Sarawak dan negeri yang kita panggil rumah.

“Biarkan tindakan dan keputusan kita dipandu dengan integriti, belas kasihan dan visi bersama-sama Sarawak Maju Makmur,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Sawit naik RM3,750 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial