ARTIKEL

Rakyat Sarawak sumbang RM640,000 untuk Palestin, gempa bumi Maghribi, banjir besar Libya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sebanyak RM640,000 kutipan sumbangan umat Islam Sarawak kepada rakyat Palestin, mangsa gempa bumi di Maghribi dan banjir besar di Libya

Timbalan Menteri Hal Ehwal Islam Sarawak Datuk Abdul Rahman Junaidi berkata, sumbangan terbabit diserahkan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada Tabung Musa’dah Kecemasan Misi Kemanusiaan.

“Pecahan bagi jumlah kutipan ialah RM52,000 untuk rakyat Palestin, RM60,000 untuk mangsa gempa bumi di Maghribi, dan RM60,000 untuk banjir besar di Libya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Appreciation Night 2023 di Dewan Kompleks Islam Kuching, malam tadi.

Tegas Rahman, sumbangan tersebut membuktikan umat Islam di Sarawak bersedia memberikan yang terbaik dalam membantu saudara seagama yang memerlukan bantuan, tanpa mengira jarak geografi atau perbezaan budaya.

Sementara itu, majlis anjuran Majlis Islam Sarawak (MIS) bagi menghargai semua warga kerja MIS yang telah bertungkus-lumus menganjurkan program dan aktiviti sempena sambutan 60 tahun Sarawak merdeka tahun ini.

Antara program yang telah diadakan ialah Muktamar masjid-masjid Serantau, Ijtimak Ilmuan Islam Antarabangsa, Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’l, Karnival Falak Nusantara, dan lain-lain.

Majlis dihadiri kira-kira 350 orang yang terdiri daripada warga kerja Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Mufti Sarawak, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, Tabung Baitulmal Sarawak, Biro Perkhidmatan Pendidikan dan Pusat Penerangan Islam.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah