Trending

Rakyat Tebedu diharap terus beri mandat kepada calon GPS

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SERIAN: Bekas penyandang Dun Tebedu Datuk Amar Micheal Manyin berharap mandat masih diberikan kepada calon GPS yang baru untuk kawasan terbabit supaya pembangunan jalan ladang yang sedang diusahakan dapat diteruskan.

Menurutnya, infrastruktur yang ada sekarang bukan hanya sekadar kemudahan asas tetapi memerlukan jalan perhubungan bagi merancakkan aktiviti sosio ekonomi penduduk di kawasan Tebedu.

“Kita telah mulakan projek berkenaan di bawah Program Tranformasi Luar Bandar (RTP) dengan Dana RM300,000 untuk membina jalan ladang sejak tiga tahun lalu.

“Apabila jalan ini telah siap nanti, maka terdapat lebih banyak utiliti yang bakal disediakan.

“Oleh itu, untuk meneruskan usaha pembangunan dan kesinambungan projek di kawasan ini, calon GPS harus terus diberikan peluang untuk menerajui kemajuan di Tebedu,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita di Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi memberikan sokongan terhadap calon GPS Dr Simon Sinang Bada di Pejabat Daerah Tebedu, di sini, hari ini.

Ujarnya, banyak yang perlu diusahakan di kawasan Tebedu namun beliau memberikan peluang kepada calon yang lebih muda untuk meneruskan kesinambungan kemajuan di kawasan terbabit.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

PBK bawa politik murahan

BETONG: Membangkitkan dakwaan tentang kemungkinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru