ARTIKEL

Rakyat Turkiye berterima kasih kepada PM Anwar bantu mangsa gempa bumi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL : Setahun sudah berlalu sejak kejadian gempa bumi menggegarkan Turkiye hingga meragut ribuan nyawa dan menyebabkan ramai hilang tempat tinggal dalam sekelip mata.

Namun, bumi Turkiye tidak lagi kelihatan seperti dahulu ekoran mengalami pemulihan luar biasa.

Ketika insiden malang itu, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) antara terawal tiba di Turkiye bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan pasukan itu berjaya digerakkan dalam tempoh 24 jam.

Bantuan kemanusiaan Malaysia disambut baik oleh rakyat Turkiye terutama mangsa gempa bumi.

Isyarat itu jelas membuktikan hubungan dua hala yang baik antara kedua-dua negara melangkaui kerjasama dalam sektor perdagangan, perniagaan, pendidikan dan silang budaya.

Penulis yang kini berada di Turkiye untuk menyaksikan sendiri usaha pemulihan sempat bertemu beberapa mangsa gempa bumi di kawasan terjejas termasuk Gaziantep, Malatya, Adıyaman dan Hatay.

Mereka berterima kasih kepada kepimpinan Malaysia yang bertungkus-lumus membantu dan memberi sumbangan ketika dilanda musibah.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Polis Perbandaran Metropolitan Gaziantep, Cafer Yilmaz berkata beliau amat mengagumi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempamerkan keprihatinan terhadap rakyat Turkiye dengan menyalurkan sumbangan dan bantuan.

Baca lain  107 dikhuatiri maut, pesawat Pakistan terhempas di kawasan perumahan

“Saya kenal beliau (Anwar) dan mengikuti perkembangannya melalui Twitter (kini platform X) kerana beliau banyak membantu Turkiye semasa gempa bumi tahun lalu,” katanya kepada Bernama semasa sesi lawatan yang bertemakan ‘ The Activities Carried Out On The First Anniversary of The Earthquake‘ pada 31 Jan hingga 5 Feb.

Lebih 60 pengamal media antarabangsa termasuk dari Itali, Rusia, Switzerland, Belgium, Sepanyol dan Korea Selatan menyertai acara yang dianjurkan oleh Direktorat Komunikasi Turkiye.

Sementara itu, seorang penduduk di Hatay, Fatih Demirdoven, 42, berkata bantuan kemanusiaan yang disalurkan oleh beberapa negara termasuk Malaysia memberi impak yang signifikan kepada mereka untuk kembali menjalani rutin harian.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana mendapat bantuan dari negara-negara luar termasuk Malaysia bukan sahaja membabitkan operasi mencari dan menyelamat tetapi juga dari segi keperluan harian,” katanya.

Pada 6 Feb 2023, gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria serta gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.

Baca lain  Jepun digesa sekat junta Myanmar

Sebanyak 11 wilayah terjejas iaitu Kahramanmaras, Hatay, Adıyaman, Osmaniye, Gaziantep, Sanlıurfa, Malatya, Diyarbakır, Adana, Kilis, dan Elazıg. – Bernama

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Biden, Trump setuju untuk dua sesi debat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengadakan dua debat presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian

BERITA TERBARU