ARTIKEL

Ramadan aku kembali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BARU-baru ini, berlangsung program Ijtima Ramadan Ikram Kota Samarahan (Iriks) 1444H anjuran Ikram Kota Samarahan di Masjid Darul Ibadah, Kampung Pangkalan Kuap.

Program kerjasama antara Hidayah Centre Foundation (HCF) Kota Samarahan, Yayasan Ikram Malaysia, Sekolah Rendah al-Amin Kota Samarahan (SRIAAKS) dan Jawatankuasa Masjid Darul Ibadah, Kampung Pangkalan Kuap mendapat sambutan dan dihadiri 50 peserta.

Bertemakan Ramadan Aku Kembali: Mendamba Reda Ilahi, program Iriks 1444H diadakan dengan tujuan menyantuni warga Kampung Pangkalan Kuap, mualaf Rakan Hidayah HCF, murid dan ibu bapa SRIAAKS dengan program bermanfaat dan merapatkan ukhuwah masyarakat dan ahli Ikram Kota Samarahan.

Program tersebut dimulai dengan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk bersama-sama komuniti Masjid Darul Ibadah dan ahli SRIAAKS yang diketuai oleh Jawatankuasa Masjid Darul Ibadah iaitu Saudara Kasmuri sehingga Zohor.

Selesai solat Zohor berjemaah, tazkirah Ramadan disampaikan oleh Ustaz Muhamad Faiz Muhd Fadhil dari Hidayah Centre Foundation dan diteruskan dengan sesi tadarus berkumpulan.

Program seterusnya dilanjutkan dengan aktiviti Kem Aulad Bestari diadakan saban tahun bagi mendidik kanak-kanak bawah 12 tahun beramal dengan amalan baik pada Ramadan.

Manakala pada sebelah petang, terdapat Majlis Perasmian Iriks 1444H yang dirasmikan oleh Ketua Kampung Pangkalan Kuap, Sabawi Bahar.

Sesi penyerahan pek bantuan sumbangan Yayasan Ikram Malaysia melibatkan golongan memerlukan termasuk edaran bubur lambuk kepada penduduk kampung serta masyarakat sekitar SRIAAKS.

Pada sebelah malam, program diteruskan dengan iftar, solat Maghrib, solat Isyak dan solat tarawih.

Jemaah lelaki meneruskan aktiviti beriktikaf, qiamullail, sahur, tazkirah Subuh dan solat duha di masjid.

BERITA LAIN

Tarikan lampu raya Bang Man

KUCHING: Beberapa tahun lalu, apabila Abdul Rahman Othman mula membeli lampu hiasan untuk menghiasi rumahnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau tidak pernah membayangkan lampu

Tarikan air terjun Belaga

LOKASI yang jauh di pedalaman menjadikan Belaga sebagai destinasi yang penuh dengan hidupan flora dan fauna terpelihara. Antara tarikan yang menjadi tumpuan di Belaga adalah

BERITA TERBARU