ARTIKEL

SEDIA… Petugas Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur dilihat menyusun periuk yang akan digunakan bagi memasak bubur lambuk sebagai persediaan menyambut kedatangan Ramadan esok ketika tinjauan hari ini.

Ramadan: Penganjuran majlis ilmu perlu patuh pihak berkuasa agama negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Penganjuran sebarang majlis ilmu dan agama sepanjang bulan Ramadan ini perlu mengikut peraturan ditetapkan pihak berkuasa agama Islam negeri bagi menjaga kesucian bulan mulia itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pendakwah bertauliah di negara ini agar sama-sama mewarnai kesucian bulan Ramadan dengan mengajak lebih ramai umat Islam beribadah di rumah Allah SWT.

“Bulan yang suci lagi mulia ini hendaklah diimarahkan dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

“Marilah bersama-sama kita mengimarahkan bulan Ramadan dengan ibadat puasa, qiamullail, solat tarawih, doa, zikir, tadarus al-Quran, sedekah dan infak dalam memperkukuh iman dan takwa serta meraih keampunan Allah SWT,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru umat Islam agar melipatgandakan doa, solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah bagi rakyat Palestin agar mereka bebas daripada cengkaman rejim Zionis Israel yang kini telah membunuh lebih 30,000 nyawa dan mencederakan lebih 72,000 umat Islam di Gaza.

“Ingin saya ingatkan juga, agar umat Islam sentiasa bersederhana dan mengelakkan pembaziran makanan sewaktu berbuka puasa nanti. Sesungguhnya, ibadat puasa itu melatih diri untuk taat, sabar dan bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah SWT,” katanya.

Baca lain  Selamat datang Ramadan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad semalam mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, 12 Mac. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,