ARTIKEL

PENYERANG BAHARU...Muhammad Ramadhan (kiri) menyerah dokumen kepada Iswandi Ali Hassn (kiri). - FOTO KCFC

Ramadhan penyerang baharu Kuching City

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bintang penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, 23 antara muka baharu yang akan memperkuatkan jentera serangan Kuching City FC bagi mengharungi baki perlawanan saingan Liga Super 2024.

Kudrat pemain sayap yang berbakat besar bersama Kuching City FC dengan status secara ‘pinjaman’ daripada gergasi harimau selatan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kuching City, Iswandi Ali Hassan memberitahu, majlis menandatangani kontrak pemain itu berlangsung di pejabat Kuching City FC pagi tadi.

Iswandi ketika mengulas ringkas mengenai kemasukan Muhammad Ramadhan Saifullah Usman dalam kem City Boys memberitahu, kontrak penyerang berpengalaman itu sehingga bulan April 2025.

“Beliau (Muhammad Ramadhan Saifullah Usman) antara pemain baharu yang menyarung jersi pasukan Kuching City FC selepas bekas seorang lagi penyerang JDT iaitu Ahmad Hazwan Bakri.

“Diharap dengan kemasukannya dapat menambah sengat pada jentera serangan selepas ini,” ujar Iswandi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU