ARTIKEL

Ramah mesra raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TIDAK dinafi kan apabila tiba Hari Raya Aidilfi tri, ramai yang mengadakan rumah terbuka untuk beramah mesra dan mengeratkan silaturahim.

Rumah terbuka merujuk kepada acara atau majlis dan menjemput tetamu untuk bersama-sama menikmati hidangan yang disediakan.

Ada yang mengadakan di kediaman masing-masing, kedai makan dan tidak kurang juga di dewan serbaguna kampung masing-masing.

Walaupun tidak semua berpeluang mengadakan rumah terbuka, tetapi ia menjadi tradisi untuk berkongsi rezeki bersama-sama orang ramai semasa perayaan.

Pada Hari Raya Aidilfitri kali ini berbeza berbanding tahun sebelum ini.

Jika sebelum ini, saya hadir ke majlis rumah terbuka sebagai tetamu, tetapi kali ini sebagai pengamal media untuk membuat liputan majlis tersebut.

Baru-baru ini, saya mendapat jemputan rumah terbuka daripada sebuah parti politik di sebuah kedai makan.

Menurut penganjur, dia mengundang ratusan orang dan tempoh majlis tersebut adalah dari pagi hingga petang.

Tetapi, melihat kepada kehadiran pengunjung, ia tidak seperti yang dianggarkan.

Ramai yang datang membawa keluarga masing-masing.

LEBIHAN HIDANGAN

Pelbagai jenis hidangan disediakan seperti lemang, kuih-muih dan pelbagai lagi.

Kata tetamu yang hadir pada awal majlis, mungkin makanan tersebut tidak cukup kerana tempoh masa untuk rumah terbuka agak lama.

Tetapi sebaliknya yang berlaku, agak menyedihkan kerana masyarakat setempat masih menilai pihak penganjur sesuatu majlis untuk hadir dan pembaziran juga berlaku kerana makanan tidak habis dimakan.

Semasa menemui penganjur, saya sempat bertanya beberapa soalan dan menurutnya, ini merupakan kali pertama majlis ramah mesra diadakan secara terbuka.

Sebelum ini mereka hanya mengadakan secara tertutup di beberapa kediaman terpilih sahaja.

Katanya lagi, mungkin masih boleh membuat liputan untuk satu pihak sahaja kerana ia menunjukkan kita tidak adil.

MEDIA

Perkara ini mungkin kelihatan kecil bagi sesetengah pihak dan ada yang mengatakan; jika media sudah tentu bekerja dengan satu parti politik sahaja tanpa mengambil tahu isu politik parti lain.

Pada pandangan saya, ia bukan mengambil satu pihak sahaja, tetapi kita melihat pihak tersebut dari sudut membantu pembangunan dalam sesebuah kawasan.

Namun, ia menjadi perkara biasa dalam bekerja sebagai pengamal media.

Justeru, integriti bekerja penting untuk menyebarkan maklumat yang sahih dan tepat.

BERITA LAIN

Awas cuaca panas, jerebu

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan insiden strok haba dan demam yang melibatkan kanakkanak. Ia disebabkan keadaan cuaca panas atau fenomena El Nino yang turut dipengaruhi

Teknik eratkan hubungan keluarga

SIKAP SEDERHANA keluarga adalah suatu cara hidup yang mendasarkan diri pada prinsip kesederhanaan, kecukupan dan keutamaan dalam setiap aspek. Pendekatan ini dapat mengeratkan hubungan ahli

Pakai kasut tumit tinggi

“Saya rajin membaca artikel berkaitan pentas peragaan di Internet dan kerap menonton pertunjukan fesyen menerusi pelbagai program ratu cantik,” ujarnya. Selain itu, pada 2019 dan

Pentas peragaan sentuhan Syafiq Kay

AKSI, kecekapan dan keanggunan pentas peragaan penting untuk menyerlahkan ratu cantik. Jurulatih pentas peragaan Sarawak, Shafi k Kay menyertai bidang peragaan dan kecantikan ratu cantik

BERITA TERBARU

Malaysia kekal pertahan hak Palestin – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Malaysia kekal mempertahankan hak rakyat Palestin. Beliau berkata pendirian itu turut dinyatakan