ARTIKEL

Ramai-ramai tonton aksi Malaysia berdepan Korea Selatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PEMINAT bola sepak berpeluang menikmati suasana santai ala perkhemahan sambil menonton aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia Qatar 2023 yang menemukan Malaysia dengan Korea Selatan pada Khamis di kafe Taman Awam, Seksyen 10, Shah Alam.


Menerusi konsep terbuka dan suasana malam alam sekitar, para pengunjung disediakan dengan kerusi dan meja untuk menjamu selera bersama keluarga serta rakan-rakan.

Kemudahan tersebut disediakan oleh pengusaha Kafe Kopi & Pantun, Khairun Mohamad Nor yang mahu para pengunjung berasa selesa menonton skuad Harimau Malaya beraksi sambil menghirup minuman dan menjamah makanan.

Beliau berkata, tikar turut disediakan untuk pelanggan duduk bersila ala berkelah sambil menyaksikan perlawanan di skrin gergasi.

“Kita akur skuad negara tewas dalam dua perlawanan sebelum ini, tetapi penyertaan dalam Piala Asia amat bermakna.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

Real tunggu detik juara La Liga

REAL Madrid sudah boleh membayangkan trofi La Liga setelah meraih kemenangan ke atas Mallorca 1-0 untuk berkelebihan lapan mata di depan Barcelona menjelang aksi Clasico

Zii Jia bakal terima bayaran

PENYERTAAN pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas negara memerlukan kos kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu melakukan bayaran ‘hak imej’

Skuad hoki ais tekad bawa pulang pingat

PUTRAJAYA: Selepas pulang dengan tangan kosong pada dua saingan lepas, skuad hoki ais lelaki negara kini membulatkan tekad untuk bekerja keras bagi membawa pulang pingat

Skuad berbasikal pulang dengan tangan kosong

KUALA LUMPUR: Skuad berbasikal trek kebangsaan sekali lagi pulang dengan tangan kosong pada kejohanan Piala Negara-negara UCI 2024 di Milton, Kanada. Dalam acara pecut, Muhammad

Sze Fei-Nur Izzudin tewas di final BAC 2024

KUALA LUMPUR: Hasrat beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bergelar juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 tidak kesampaian selepas tewas di pentas final

BERITA TERBARU