Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan tiada hujan di Sarawak pada sebelah pagi, hari ini.
Bagaimanapun, dijangkakan berlaku ribut petir di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Miri dan Limbang.
Tiada hujan dijangkakan di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu.
Sementara itu, pada sebelah malam dijangka berlaku hujan di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu.