ARTIKEL

Chong (tengah, depan) bergambar bersama para penerima Tabung Bantuan Pendidikan Tinggi dalam kawasan Stampin di ibu pejabat DAP Sarawak di sini, hari ini.

Ramalan saya jadi kenyataan – Chong Chieng Jen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ramalan saya menjadi kenyataan, kata Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen, mengenai keputusan Parti Sarawak Bersatu (PSB) untuk bergabung dengan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Beliau berkata, ramalannya mengenai penubuhan PSB sebagai parti untuk satu pilihan raya adalah benar belaka, walaupun ia pada waktu itu ditubuhkan sebagai sebuah parti pembangkang.

“Bagi PSB, sejak awal penubuhannya, saya masih ingat pernah mengulas bahawa parti pembangkang tempatan ini tidak mempunyai stamina dan keyakinan untuk mengekalkan perjuangan politik dalam jangka panjang.

“Sudah tentu, pada masa itu saya menggunakan perkataan parti untuk satu pilihan raya dan ramalan saya menjadi kenyataan, begitulah keadaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Tabung Bantuan Pendidikan Tinggi kepada pelajar-pelajar dalam kawasan Stampin di ibu pejabat DAP Sarawak di sini, hari ini.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Stampin itu turut mengucapkan tahniah kepada PDP kerana menjadi semakin kuat melalui penggabungan dengan PSB.

Dalam majlis makan malam bagi mengalu-alukan bekas pemimpin dan ahli PSB ke dalam parti itu di Sibu malam tadi, PDP mengumumkan pelantikan bekas presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh, sebagai Naib Presiden Kanan PDP.

Manakala bekas timbalan presiden PSB, Dr Johnical Rayong Ngipa, dan bekas Setiausaha Agung PSB, Baru Bian, dilantik sebagai Naib Presiden PDP.

Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing, yang turut hadir pada majlis itu dilaporkan sebagai berkata pelantikan pemimpin tertinggi PSB itu ke dalam PDP dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PDP semalam mengikut perlembagaan parti.

Tiong, yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, juga merakamkan penghargaan kepada pemimpin tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah merestui dan menyokong usaha PDP dalam menerima bekas ahli-ahli PSB.

BERITA LAIN

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli