ARTIKEL

Rampas Bandar Kuching, Stampin demi kesejahteraan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg FOTO: ALIFF NONI

KUCHING: Pengundi di Parlimen Bandar Kuching dan Stampin perlu mengikut jejak Dun Kota Sentosa yang beralih daripada pimpinan pembangkang demi meneruskan pembangunan infrastruktur yang kian tercicir.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sikap penyandang wakil rakyat kawasan tersebut yang tidak menitikberatkan pembangunan menyebabkan masalah bencana khususnya banjir masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Beliau sambil itu percaya GPS mampu menawan kedua-dua kerusi Parlimen tersebut daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) seperti yang berlaku kepada Dun Kota Sentosa ketika Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Disember lalu.

“GPS mahu mengambil alih Parlimen Bandar Kuching dan Stampin kerana kita mahu membangunkannya kerana di sini selalu berlaku bencana banjir khususnya apabila hujan lebat, tetapi ahli Parlimen di sini, mereka ‘tengok saja,” katanya ketika berucap pada maljis Pemimpin Bersama Rakyat di Aeroville, malam tadi.

Premier Sarawak itu dalam ucapannya turut mengesahkan sebanyak RM350 juta peruntukan disediakan oleh Kerajaan Sarawak bagi membangunkan kawasan Stampin.

Tegas beliau, usaha terbabit akan dilaksanakan bersama wakil rakyat serta pihak Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

“Saya akan bersama-sama wakil rakyat calon GPS Stampin, Lo Khere Chiang merancang dengan baik pembangunan kawasan ini.

“Apabila kamu mahu ubah kamu akan buat, saya kotakan janji saya,” tambahnya.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan Eric Tay Tze Kok selaku calon GPS bagi kerusi Parlimen Bandar Kuching berentap dengan calon DAP Dr Kelvin Yii Lee Wuen dan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Voon Lee Shan.

Manakala calon GPS Kerusi Stampin, Lo Khere Chiang bertembung dengan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan Lue Cheng Hing, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK).

BERITA LAIN

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di