Rancakkan makanan halal M’sia

KUCHING: Aplikasi “Halal 2Go” merupakan platform untuk merancakkan makanan halal di Malaysia sebelum dikembangkan ke luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SD Impex Sdn. Bhd Nur Iskandar Naini Hanifah berkata, prinsip halal bermula daripada peringkat penyediaan hingga ke peringkat hantaran kepada pelanggan.

“Ia akan meluaskan pasaran halal selain memperkasakan usahawan untuk berdepan dengan Revolusi Industri 4.0.

“Oleh itu, SD Impex Sdn. Bhd akan mengambil bahagian untuk mempromosikan makanan halal melalui aplikasi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan secara maya semasa melancarkan aplikasi

“Halal 2Go” di ibu negara semalam.

Pelancaran terbabit turut menyaksikan penampilan khas Robot Jasmine yang memberitahu dirinya sedang belajar bertutur dalam bahasa Melayu.

Robot Jasmine turut mengucapkan tahniah atas pelancaran aplikasi “Halal 2Go” di Malaysia.

Suara Sarawak