ARTIKEL

Rancakkan sektor pertanian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

GOLONGAN petani Meradong tidak ketinggalan menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak. Langkah itu merupakan sebahagian komitmen kerajaan untuk menjadikan Meradong sebagai salah satu lagi kawasan pengeluar hasil pertanian di wilayah tengah Sarawak selain Sarikei yang kini diangkat sebagai pusat agropolis. 

Antara bantuan yang disalurkan adalah melalui pelbagai program berasaskan pertanian seperti projek Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS), pembangunan getah, kelapa sawit dan lada, penyediaan infrastruktur pertanian, subsidi dan lain-lain lagi. 

Selain itu kemelut banjir yang kerap dialami petani di kawasan itu turut mendapat perhatian apabila kerajaan menyalurkan peruntukan untuk melaksanakan projek pembersihan parit khususnya di kawasaan perkebunan. 

Pada tahun ini sahaja, sebanyak lapan projek pembersihan parit di bawah Kerajaan Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM600,000 dan 25 projek pembersihan saliran di bawah Kerajaan Persekutuan dengan kos keseluruhan tahun ini RM3 juta bagi memperkasan sektor pertanian. 

Masalah itu dialami sebahagian besar petani kecil terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar Meradong yang mengusahakan pelbagai jenis tanaman.

 Sinonim dengan pengeluaran limau Bintangor, Daerah Meradong terletak di Bahagian Sarikei, meliputi kawasan seluas 719 kilometer persegi dengan jumlah penduduk adalah kirakira 30,000 . Secara purata jumlah bilangan keluarga tani di daerah itu dianggarkan melebihi 6,000 orang yang sebahagian besarnya di kawasan rumah panjang dan kampung. 

Terdapat tiga seksyen utama yang menjadi tonggak utama pemacu kepada pembangunan sektor pertanian di Daerah Meradong iaitu Seksyen Tanaman, Seksyen Agromakanan dan Seksyen Perikanan Darat. Tidak dapat dinafikan peranan besar yang dimainkan oleh Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dalam membantu keluarga tani memajukan projek pertanian yang diusahakan oleh mereka. 

Selain itu PPK juga bertanggungjawab menyatukan komuniti tani di dalam satu organisasi, menjaga kepentingan, membimbing, memberi perkhidmatan serta membantu ahli dalam memasarkan produk pertanian mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, sistem perhubungan jalan raya khususnya di kawasan seberang Bintangor juga dilihat sebagai pemacu potensi kawasan Nanga Bangkit, Sungai Sian hingga ke Muara Bunut di sini sebagai kawasan pertanian. Ketika ini terdapat lebih kurang 400 ekar kawasan di situ dikenalpasti sebagai kawasan untuk tanaman komersial. Justeru kerajaan perlu mempercepatkan kelulusan permohonan pembinaan dua buah jalan raya di kawasan tersebut bagi merancakkan sektor pertanian di situ.

Usaha ini juga selaras dengan pembangunan pesat daerah itu dengan adanya laluan baharu dari Sarikei ke Tanjung Manis yang dijangka siap sepenuhnya tahun depan.

Dalam pada itu, Pertubuhan Peladang juga wajar melibatkan para belia Meradong dalam pelbagai program pertanian supaya menjadi generasi pelapis untuk mengangkat serta memperkasakan sektor berkenaan.

Kerjasama seperti itu secara tidak langsung mampu membuka ruang untuk penganjuran lebih banyak program yang mampu memberi kesedaran kepada golongan muda untuk terlibat secara lebih serius dalam bidang ini.

Ia juga selaras dengan hasrat memastikan kebergantungan bekalan makanan import dapat dikurangkan sekali gus merealisasikan hasrat menjadikan Meradong sebagai bakul makanan tercapai.

LAIN-LAIN BERITA

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

Masa cipta kenangan terindah

BEMULA 9 Februari lalu, cuti akhir tahun bagi penggal persekolahan 2023/2024 bermula dan berakhir pada 9 Mac. Cuti sekolah menandakan masa berharga untuk pelajar berehat

Banjir kilat undang trauma

SEJAK kebelakangan ini banjir kilat yang berlaku terutama di kawasan bandar dan perumahan dilihat menunjukkan peningkatan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat berterusan melanda sejak beberapa

Prinsip moral tinggi

INTEGRITI adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan seumpamanya yang berperanan besar dalam membina

Trend pengangguran global

PENGANGGURAN merupakan fenomena berleluasa yang mempengaruhi individu, keluarga dan masyarakat global. Daripada negara maju sehingga ekonomi membangun, isu pengangguran menjadi cabaran yang memberi kesan kepada

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial