ARTIKEL

Rancang bangunkan Usun Apau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang untuk membangunkan kawasan Usun Apau di Ulu Baram, Miri.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan itu mempunyai air terjun yang serupa dengan Air Terjun Niagara di Kanada.

BERUCAP… Abang Johari berucap dalam ucapan perasmian sempena Majlis Makan Malam Persatuan Hotel Malaysia (MAH) di Hotel Hilton Kuching, 15 Ogos lalu. (Foto: Ramidi Subari)

“Ada satu kawasan bernama Usun Apau yang belum kita bangunkan. Air terjun di sana cantik, sangat bagus, dan sangat sejuk.

“Ini merupakan sebahagian daripada program kita dalam pembangunan jangka panjang sehingga tahun 2030 di bawah Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS 2030),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena Majlis Makan Malam Persatuan Hotel Malaysia (MAH) di Hotel Hilton Kuching, 15 Ogos lalu.

Kawasan Usun Apau telah diwartakan sebagai Taman Negara pada September 2005.

Ia juga merupakan dataran tinggi gunung berapi yang terletak di hulu sungai Rajang dan Baram, di bahagian selatan Miri.

Manakala, air terjun tertinggi di Sarawak ialah Air Terjun Julan yang terletak di Taman Negara Usun Apau.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU