ARTIKEL

Rancang kewangan 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KURANG 10 hari lagi, kita bakal melangkah ke tahun 2024. Maka setiap kali tiba permulaan baharu, ketika itu jugalah kita berbekalkan azam dan semangat membara merancang strategi perjalanan hidup 365 hari mendatang.

Harus diingat, hadirnya tahun baharu bermakna usia kita semakin bertambah.

Tiada seorang pun manusia yang semakin muda.

Ia juga bermakna sudah 365 hari atau 8,760 jam atau 525,600 minit masa kehidupan kita sudah berlalu dan sama sekali tidak dapat diulang kembali

. Dalam tempoh setahun meniti hari tersebut, pastinya pelbagai suka, duka, pahit, manis kehidupan ditempuh.

Setiap detik yang dilalui itu semestinya membawakan variasi pengalaman serta hikmah bermakna untuk dijadikan pengajaran yang mendewasakan.

Bagi kebanyakan daripada kita, tahun ini boleh dikatakan sebagai fasa yang agak mencabar ketika bergelut untuk kembali menikmati kehidupan sebelum pandemik COVID-19.

Bahkan, tahun ini yang semakin menghampiri penghujung terbukti merupakan tempoh mencabar bagi dunia serta Malaysia, bukan hanya menghadapi ketegangan geopolitik dan kenaikan inflasi, kita juga diselubungi peningkatan risiko kelembapan ekonomi di serata dunia.

Keadaan ini menyebabkan kedudukan kewangan kita sebagai rakyat biasa sangat perit.

Malah soal selidik yang dilakukan laman web kewangan RinggitPlus.com mendapati tujuh daripada 10 rakyat Malaysia menyimpan kurang daripada RM500 sebulan atau tidak menyimpan langsung, yang disifatkan paling teruk dalam tempoh lima tahun.

Selain itu, laporan kajian Bank Negara Malaysia (BNM), 75 peratus daripada rakyat tidak mempunyai simpanan RM1,000 Keadaan ini sebenarnya sangat membimbangkan untuk menghadapi cabaran mendatang susulan pakar ekonomi meramalkan negara bakal mengalami tempias ekonomi global yang bergerak perlahan, sekali gus menyebabkan kenaikan lagi kos sara hidup.

Perkara itu memang tidak dinafikan sedang dihadapi kita ketika ini.

Contoh paling mudah, harga ayam semakin naik tidak terkawal sehingga dijual mencecah lebih RM11.50 hingga RM13 sekilogram, jauh melepasi had siling RM8.90.

Ikan pula harganya sekali ganda lebih mahal daripada ayam.

Harga ikan kembung atau mabung misalnya dijual sekitar RM18 ke RM22 sekilogram.

Bagi keluarga yang ada enam anak, sekilo ikan kembung sudah tentu tidak cukup untuk sekali sajian.

Justeru, kerajaan mesti memfokuskan isu keselamatan makanan yang bertujuan mengurangkan kebergantungan import.

Langkah ini dapat mengurangkan perbelanjaan negara serta mengelakkan kenaikan perbelanjaan rakyat.

Dalam masa sama, rakyat harus belajar mengamalkan perbelanjaan berhemah dan berjimat cermat.

Di samping membuat tabungan wang kecemasan sebagai persediaan kerana ketidaktentuan ekonomi, tahun depan turut dianggap bakal terlalu mencabar di seluruh dunia.

Tidak dinafikan menabung atau menyimpan wang bukanlah sesuatu yang mudah.

Dengan kos sara hidup tinggi yang tidak selaras dengan pendapatan diterima, terpaksa menjelaskan pelbagai komitmen serta menampung keluarga, menjadikan tidak memiliki baki gaji untuk disimpan. Bagaimanapun, ia tetap perlu dihadapi.

Maka amat penting untuk orang ramai celik literasi kewangan kerana kajian membuktikan betapa ia boleh membantu dalam mengurangkan jurang kekayaan termasuklah jurang antara pendapatan isi rumah, etnik mahupun jantina.

Sebagai contoh, pada tahun 2022, agihan pendapatan isi rumah antara kumpulan etnik Cina dan bumiputera ialah 1:0.71.

Pendapatan isi rumah kaum Cina adalah RM3,000 lebih tinggi daripada pendapatan isi rumah bumiputera.

Usaha mendidik kepentingan literasi kewangan ini juga sebenarnya boleh berusaha dari peringkat usia paling muda.

Namun sehingga kini, terlalu sedikit usaha untuk menggalakkan literasi kewangan di peringkat awal kanak-kanak, sekolah rendah atau sekolah menengah.

Oleh itu, kerajaan dan institusi pendidikan perlu membentuk pelan strategik dan indeks literasi serta kesediaan merancang kewangan yang kukuh untuk memberi meningkatkan kesediaan merancang kewangan dalam kalangan anak muda, khususnya para pelajar di Malaysia.

Apa-apa pun, semoga situasi kewangan dan kehidupan kita pada tahun hadapan serta hari-hari mendatang lebih disinari cahaya kemakmuran, kesejahteraan dan dilimpahi keberkatan.

LAIN-LAIN BERITA

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

Masa cipta kenangan terindah

BEMULA 9 Februari lalu, cuti akhir tahun bagi penggal persekolahan 2023/2024 bermula dan berakhir pada 9 Mac. Cuti sekolah menandakan masa berharga untuk pelajar berehat

Banjir kilat undang trauma

SEJAK kebelakangan ini banjir kilat yang berlaku terutama di kawasan bandar dan perumahan dilihat menunjukkan peningkatan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat berterusan melanda sejak beberapa

Prinsip moral tinggi

INTEGRITI adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan seumpamanya yang berperanan besar dalam membina

Trend pengangguran global

PENGANGGURAN merupakan fenomena berleluasa yang mempengaruhi individu, keluarga dan masyarakat global. Daripada negara maju sehingga ekonomi membangun, isu pengangguran menjadi cabaran yang memberi kesan kepada

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta