ARTIKEL

Rancang perjalanan, periksa kenderaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Merancang perjalanan dan berhemah merupakan langkah terbaik bagi mengelak risiko kemalangan.

Selain itu, para pemandu dan pengguna juga perlu memeriksa keadaan kenderaan mereka sebelum memulakan perjalanan.

Adun Meradong Datuk Ding Koung Hiing berkata, sikap bertimbang rasa menjamin keselamatan pengguna selamat menuju ke destinasi masing-masing.

Katanya, orang ramai perlu bersabar, berdisiplin semasa memandu di samping mematuhi undangundang jalan raya.

“Aspek ini mampu mengurangkan kadar kemalangan lebih-lebih lagi dengan peningkatan jumlah kenderaan sepanjang musim perayaan,” katanya pada Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina di Tanjung Genting di sini, semalam.

Hadir sama Residen Bahagian Sarikei Fecilia Tan, Ketua Polis Daerah Sarikei Superitendan Awang Arfian Awang Bujang, Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sekam Anoi, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Julau ASP Colony Kiai dan Pegawai Daerah Meradong Baijuri Bidin.

Koung Hiing berkata, masyarakat juga perlu berganding bahu dan bekerjasama membantu pihak kerajaan menjayakan matlamat kempen berkenaan.

Katanya, kerajaan terus komited melaksanakan kempen keselamatan di samping menambah baik beberapa laluan yang berisiko kemalangan.

“Mudah-mudahan penganjuran program seperti ini mampu mendidik masyarakat agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan,” tegasnya.

Kempen bertujuan memberi peringatan dan meningkatkan kesedaran kepada semua pengguna jalan raya di samping mengurangkan kadar kemalangan maut dan kecederaan parah.

Bahagian Sarikei mencatat peningkatan sebanyak 15 kes pada 2019 berbanding 10 kes tahun sebelumnya dengan satu kematian dan kebanyakannya melibatkan kerosakan teruk.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha