ARTIKEL

Rancangan AS-Korea S didakwa berisiko

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEOUL: Adik perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jongun memberi amaran pada Sabtu bahawa perjanjian Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan bertujuan untuk mengukuhkan pencegahan terhadap Pyongyang, bakal membawa kepada bahaya lebih serius, lapor media kerajaan.

AS dan Korea Selatan minggu ini berikrar bahawa Korea Utara akan menghadapi tindak balas nuklear dan pengakhiran kepimpinan di sana sekiranya ia menggunakan nuklearnya sendiri terhadap sekutu.

Ikrar itu dibuat ketika presiden kedua-dua negara itu bertemu di Washington.

Dalam respons pertama Pyongyang terhadap sidang kemuncak Washington, Kim Yo-jong mengatakan Korea Utara kekal yakin bahawa penghalang nuklearnya seharunya dijadikan lebih sempurna lagi.

“Semakin banyak musuh mati untuk mengadakan latihan perang nuklear dan semakin banyak aset nuklear yang mereka gunakan di sekitar Semenanjung Korea, semakin kuat pelaksanaan hak kita untuk mempertahankan diri,” katanya, menurut laporan berita rasmi Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), Rabu lalu, Presiden Korea Selatan Yoon Sukyeol dan rakan sejawatan Presiden AS, Joe Biden mengeluarkan kenyataan yang dipanggil Deklarasi Washington, menguatkan payung nuklear AS ke atas Korea Selatan, yang semakin cemas berkenaan pencerobohan Pyongyang.

Baca lain  Jadi mangsa serangan siber India selepas siar berita Modi: Portal berita

Deklarasi itu melibatkan pengerahan tetap aset strategik termasuk lawatan pertama dalam beberapa dekad ke pelabuhan Korea Selatan oleh kapal selam balistik nuklear, demikian dimaklumkan seorang pegawai AS kepada AFP.

“Perjanjian itu bagaimanapun, hanya menyebabkan keamanan dan keselamatan Asia Timur Laut dan dunia terdedah kepada bahaya yang lebih serius,” katanya.

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,