Trending

RANDAU SISWA PROMOSI IKMAS

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BARU-baru ini, Ikmas dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Pejabat Agama Islam Bahagian Samarahan (Paib), Masjid Silaturrahim Kampung Iboi dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Sadong Jaya dan Asajaya berjaya melaksanakan Program Randau Siswa Promosi Ikmas 2023 bertempat di Sadong Jaya.

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar meningkatkan kualiti dakwah sebagai persediaan untuk amali dakwah dan membina hubungan bersama-sama masyarakat awam mahupun agensi luar sekali gus memperkenalkan Ikmas dan Yadim Agihan bakul kasih kepada ahli keluarga di kawasan sekitar Sadong Jaya.

kepada masyarakat di sekitar Sadong Jaya.

Antara pengisian program ialah taklimat mengenai Ikmas dan Yadim, agihan bakul kasih, perlawanan persahabatan futsal, tazkirah maghrib oleh pelajar Ikmas, reruai pameran Ikmas, Klik dengan bijak bersama PEDi Sadong Jaya dan Klinik al-Fatihah. Semoga hubungan kerjasama ini diteruskan lagi pada masa akan datang.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru