ARTIKEL

Kredit: Malaysia-German Chamber of Commerce and Industry | BERNAMA

Rangka kerja AIGE pada peringkat akhir, bakal dilancarkan – MOSTI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pembangunan rangka kerja kod tadbir urus dan etika (AIGE) kecerdasan pintar (AI) kini di peringkat akhir dan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang berkata AIGE adalah rangka kerja untuk menetapkan parameter bagi pengguna AI dalam industri.

“Kami telah mengusahakan perkara ini sejak tahun lepas… walaupun (ia) tidak diikat secara oerundangan, ia bertujuan menetapkan parameter bagi pengguna AI dalam industri supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak dalam penggunaan teknologi AI,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Jerman-Malaysia ke-4 di sini semalam.

Sebelum ini garis panduan itu dibangunkan khusus untuk tiga kategori utama iaitu pengguna dan orang awam, penggubal dasar dan pembekal atau pembangun teknologi berasaskan AI.

Rangka kerja tersebut menggariskan tujuh prinsip AI yang bertanggungjawab yang boleh digunakan untuk ketiga-tiga kategori utama.

Pematuhan garis panduan ini dapat memastikan penggunaan AI yang beretika dan selamat.

MOSTI telah bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia serta wakil agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan pemain industri lain untuk membangunkan rangka kerja berkenaan. — BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Pavilion Sarawak menyerlah di IMEX Frankfurt

KUCHING: Sarawak sekali lagi meningkatkan kedudukannya sebagai destinasi acara perniagaan utama di pameran perdagangan IMEX Frankfurt di Jerman, dengan melancarkan Pavilion Sarawak untuk tahun kedua

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah