ARTIKEL

Rangka manusia dijumpai dalam hutan belukar hutan bakau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANGAR: Rangka manusia yang sudah reput ditemukan di belukar hutan bakau di Jalan Batu Buaya, Kampung Wai di Kuala Perlis dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada orang awam pada 4.20 petang.

“Pemeriksaan menyeluruh di lokasi tidak menjumpai apa-apa yang mencurigakan dan pemeriksaan terhadap rangka itu mendapati ia tidak cukup sifat dan sudah reput. Rangka itu mungkin dihanyutkan atau dimakan binatang di belukar berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata siasatan awal pihak polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat.

Rangka itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat. — BERNAMA

BERITA LAIN

PM Anwar ucap selamat hari lahir kepada Jokowi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat hari lahir kepada Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali dengan nama Jokowi. Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut

BERITA TERBARU