Rangka strategi baharu promosi pelancongan

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan akan merangka strategi baharu untuk mempro mosi pelancongan mengikut keadaan semasa pasca-Covid-19.

Menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengakui keyakinan pelancong perlu diper- tingkatkan semula menerusi lang- kah promosi yang tepat. “Fokus pertama kita adalah untuk menyingkirkan rasa takut pelancong untuk ke Sarawak.

Oleh itu, promosi untuk menggal- akkan lebih ramai pelancong ke sini perlu diperluas, termasuk di negara jiran.

“Ramai penduduk dari negara jiran juga mahu melancong ketika cuti sekolah ke negara jiran mereka.

Oleh itu, kita perlukan kerjasama dengan negara jiran ini dan menyakinkan mereka bahawa negara kita selamat dan terkawal,” katanya kepada media di sini semalam.

Menurutnya lagi, semua program yang telah dirancang sebelum ini tergendala dan terhenti akibat Covid-19 ini.

“Oleh itu, kami akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelancongan Malaysia, termasuk pemain industri untuk melihat secara mendalam langkah yang boleh diambil setelah negeri ini pulih daripada wabak Covid-19.

“Bagi meyakinkan pelancong, kerjasama dengan pemain industri seperti perhotelan, pengangkutan, pengurusan program adalah perlu.

“Tarik pelancong dari Malaysia Barat untuk melancong ke sini.

Kompleks Muzium Sarawak merupakan antara faktor penarik untuk pelancong ke sini,” ujarnya.