ARTIKEL

Rangkaian Internet pantas realisasikan impian Sie Hui

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kelajuan rangkaian Internet di Long Lama di sini dapat membantu merealisasikan impian seorang anak watan menjadi pengatur cara komputer sehingga mampu memberikan perkhidmatan hingga ke luar negara.

Malah Lim Sie Hui, 31, berasal dari kawasan Long Lama yang memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dalam Multimedia dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kini mampu menjana pendapatan mencecah RM2,000 sebulan hanya dari rumah.

Menurut Sie Hui, rangkaian Internet stabil di Long Lama bermula hujung tahun lalu membolehkan dia terus mengejar cita-cita sebagai pengatur cara komputer profesional di samping turut membantu ibu bapa menjaga kedai di Pekan Long Lama.

“Saya membangunkan pengatur cara komputer, laman sesawang dan permainan dalam talian untuk telefon pintar mengikut permintaan para pelanggan.

“Malah pada masa sama, saya turut membangunkan aplikasi pendidikan untuk universiti dan ia mendapat sambutan yang menggalakan.

“Dengan rangkaian Internet yang stabil juga, saya dapat menambah pendapatan dari rumah kerana mempunyai permintaan untuk membangunan permainan dalam talian dari Semenanjung Malaysia dan negara China,” memetik kenyataan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) hari ini.

Justeru, beliau menasihati generasi muda untuk mengambil peluang dengan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dalam menjana pendapatan selain mencapai cita-cita.

Sie Hui kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Multimedia Komputer di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.

BERITA LAIN

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

Sarawak tidak lepaskan hak

BINTULU: Sarawak tidak melepaskan hak-haknya apabila menjadi rakan kongsi dalam penubuhan Malaysia, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Sebaliknya, beliau menegaskan

BERITA TERBARU

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.