Trending

Rangkuman hari pertama RWMF 2023

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Hari pertama Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia 2023 (RWMF) di Kampung Budaya Sarawak berlangsung meriah dengan kehadiran pengunjung dari seluruh negara.

Menariknya, festival kali ini kembali diadakan secara fizikal sepenuhnya selepas pandemik Covid-19.

Keadaan lalu lintas juga kurang sesak berbanding tahun sebelumnya dengan adanya kemudahan pas masuk khas serta kawasan parkir dan perkhidmatan pengangkutan ulang-alik disediakan untuk pengunjung yang hadir.

Konsert pertama bermula dari 7 malam menampilkan tujuh persembahan Orang Orang Drum Teater, Buluh Berkocak, Aseana Percussion Umit, Nadir, At Adau dan diakhiri dengan persembahan artis antarabangsa kelahiran Sarawak, Zee Avi.

Malam ini juga menyaksikan seramai 4,000 pemain perkusi memecahkan rekod di bawah ‘Malaysia Book of Records’ (MBOR) untuk Pemain Alat Perkusi Terbanyak Dalam Festival Muzik.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru