ARTIKEL

Ranting parti main peranan penting

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUSA: Ahli K10 di setiap ranting parti PBB yang disifatkan sebagai akar memainkan peranan penting dalam menjaga hubungan mesra antara parti dengan penyokong.

Sejajar itu, Naib Ketua PBB Cawangan Beting Maro Mohidin Bolhassan berharap semua ahli K10 yang dilantik bersama-sama menyumbang ke arah kekuatan parti.

“Anda (ahli K10) umpama akar yang memastikan pokok sentiasa tegap berdiri dan membesar. Sama juga dalam politik, peranan anda amat penting kerana kalau tidak, parti boleh rebah… jadi, kita tidak mahu ini berlaku,” tegasnya.

Mohidin menjelaskan, pimpinan tertinggi parti mengharapkan semua ahli menarik kumpulan jagaan masing-masing (pengundi) untuk setia bersama PBB dengan pendekatan lebih mesra.

“Apabila kita kuat, parti terus mempunyai suara untuk menuntut hak dan keistimewaan Sarawak sekaligus kerusi yang menjadi kubu kuat PBB tidak terlepas ke tangan parti luar,” katanya.

Beliau bercakap demikian pada Program Pelancaran GPS Peringkat Ranting Kampung Pusa di Dataran Tandang Sari, semalam.

Mohidin berkata, setiap ahli K10 yang ada diharap ikhlas dalam perjuangan seperti mana putih dan bersihnya baju GPS.

“Jangan ada duri dalam daging, gunting dalam lipatan… dan sepanjang lapan tahun Adun Beting Maro menjadi pengemudi kawasan ini, terlalu banyak pembangunan yang kita nikmati bersama,” ujarnya.

Terdahulu Adun Beting Maro Razaili Gapor memberitahu, pendekatan yang digunakan untuk memperkasakan peranan ahli K10 sedikit berubah berbanding sebelum ini.

“Daripada seorang ahli K10 yang menjaga ramai penyokong, kini kita kecilkan supaya mereka lebih dekat dengan penyokong parti.

“Matlamat kita mahu mengukuhkan kedudukan PBB sebagai kubu kuat di Dun Beting Maro dan akhirnya dapat mengekalkan kerusi supaya tidak menjadi milik parti luar,” jelasnya.

Sementara itu, wakil pergerakan bapa Suhaili Buntai mengingatkan rakyat dan ahli parti agar tidak terpengaruh dengan politik gula dan beras.

“Perkara ini sudah jelas, mereka (parti luar) hanya menampakkan muka pada musim pilihan raya sambil membawa makanan asas yang sebenarnya datang dengan janji manis untuk menghasut.

“Jangan kerana politik gula dan beras kita berpaling tadah, sebaliknya rasional melihat PBB di dalam GPS yang selama ini membawa sesuatu yang kekal iaitu pembangunan,” tegasnya.

Hadir sama Timbalan Ketua PBB Cawangan Beting Maro Awang Sarbini Gapor dan Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan Beting Maro Hajijah Lueng.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU