SALAH satu usaha Kerajaan Sarawak dalam mendigitalkan ekonomi Sarawak dan merapatkan jurang digital antara bandar dengan luar bandar serta pedalaman selaras memperkenalkan inisiatif Rangkaian Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN).
Selain merapatkan jurang digital, matlamatnya adalah untuk menangani masalah sambungan liputan yang lemah di kawasan luar bandar di Sarawak yang telah lama berlaku.
Menggunakan teknologi Fixed Wireless Broadband (FWB), MySRBN juga untuk meluaskan liputan jalur lebar di 150 kawasan luar bandar dan pedalaman dengan Internet berkelajuan tinggi.
Maka, dengan teknologi FWB ini, rakyat di luar bandar dan pedalaman dapat menikmati Internet berkelajuan tinggi tanpa had selain menghubungkan masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman dengan dunia.
Ini adalah usaha konsisten kerajaan ke arah digital selaras dengan Strategi Ekonomi Digital 2018-2022 yang telah diperkenalkan pada tahun 2017.
Justeru, dengan meluaskan liputan dan menambah baik sambungan jalur lebar, semua sektor di Sarawak akan mendapat manfaat daripada ketersambungan digital.