SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Rapatkan jurang, sedia berkhidmat kepada rakyat sepanjang masa

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
RAKAM KENANGAN... Dr Sim (tengah) merakam kenangan bersama Pengerusi MPP baharu, Tan Kai (empat kanan), Adun Batu Kitang, Lo Khere Chiang (tiga kanan) dan ahli kenamaan lain. | ALIFF NONI

PADAWAN: Ahli majlis tempatan memainkan peranan penting dalam usaha merapatkan jurang antara masyarakat selain membantu meningkatkan kualiti hidup penduduk di kawasan masing-masing.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, ahli majlis merupakan sebahagian daripada Kerajaan Sarawak dan secara tidak langsung dianggap sebagai barisan hadapan kepada masyarakat.

BERUCAP… Dr Sim berucap pada majlis angkat sumpah ahli Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di Dewan MPP di sini.

“Sehubungan itu, ahli majlis mesti bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat sepanjang masa dan diharapkan dapat berhubung dan berkomunikasi dengan baik dengan penduduk di kawasan masing-masing 

“Pada masa sama, kita juga berharap agar ahli majlis dapat menjalankan tanggungjawab yang ditugaskan serta mengemukakan pelbagai masalah dan permintaan rakyat kepada majlis atau agensi berkaitan,” katanya.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbabit berkata demikian selepas menyaksikan majlis angkat sumpah ahli Majlis Perbandaran Padawan (MPP) 2023-2025 di Dewan MPP di sini, hari ini.

Berhubung isu lampu jalan tidak berfungsi, Dr Sim berkata, ia sebenarnya di bawah bidang kuasa Sarawak Energy Berhad (SEB) kerana majlis tempatan hanya bertanggungjawab membayar bil.

Baca lain  Sekolah di zon merah tutup mulai esok

“Namun begitu apabila perkara ini berlaku, kebanyakan penduduk berfikir untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau ahli majlis terlebih dahulu dan bukannya SEB.

“Tidak semua individu boleh membezakan atau mengetahui secara tepat peranan dan tugas setiap agensi.

Justeru itu, sebagai ahli majlis mereka mesti sentiasa bersedia membantu serta menangani isu rakyat,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru